Piagam Sekolah


Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kempas, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan lancar dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
  • Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
  • Memastikan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa, penjaga, masyarakat dan negara.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.