Wednesday 22 October 2014

KEGIATAN SELEPAS PEPERIKSAAN 2014 - MEMASAK

Kegiatan selepas peperiksaan diteruskan lagi dengan aktiviti memasak menggunakan dapur kayu. Pengalaman yang sukar dilupakan apatah lagi bagi zaman yang serba moden ini tidak ramai yang menggunakan dapur kayu untuk memasak. Pelbagai telatah dan karenah murid-murid tahun 6 bersama guru-guru dapat dilihat sepanjang menyiapkan hidangan mereka. Berikut adalah foto-foto menarik sepanjang aktiviti ini berlangsung.


































KEGIATAN SELEPAS PEPERIKSAAN 2014- GUBAHAN

Bagi murid-murid tahun 6, kegiatan selepas peperiksaan sangat menyeronokkan. Ini kerana mereka berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam. Dan ternyata murid-murid ini amat berbakat dalam seni gubahan bunga dan juga hantaran. Mari lihat hasil murid-murid ini.





LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CONVENT CAMERON HIGHLAND (PT. 1)

Pada 17 Oktober yang lalu, SK Kempas telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Convent Cameron Highland, Pahang Darul Makmur, yang mana sekolah ini merupakan sekolah berprestasi tinggi. Atas budaya kerja dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh sekolah ini,maka SK Kempas telah berbesar hati untuk melawat sekolah tersebut dan menjadikan sekolah ini sebagai contoh bagi kemajuan SK Kempas. Lawatan ini telah disertai seramai 67 orang guru-guru dan kakitangan SK Kempas. Ribuan terima kasih buat Guru Besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Convent Cameron Highland yang sudi menerima kedatangan kami.Berikut adalah foto-foto sepanjang lawatan ini.